'Kenapa radio, tv tak pasang lagu aku? Tolonglah, aku merayu!' - Aliff Syukri bengang MV lagu rayanya tak disiarkan stesen radio, tv
Mana tidaknya, sudahlah banyak wang dan masa dihabiskan untuk menerbitkan lagu tersebut yang dikira boleh memeriahkan lagi suasana hari raya, tetapi tiada satu pun stesen penyiaran yang memainkan lagu tersebut.
"Tolong eh radio-radio, tv-tv semua.. cepat pasang aku punya lagu. Aku dah penat dah menyanyi ni. Suara pun sedap, kenapa radio dan tv tak pasang pun lagu aku?!
"Tolonglah, aku merayu!!" kata penyanyi nombor satu negara (yang tidak diiktiraf).
Dalam pada itu, Aliff juga 'membidas' pengarah Michael Ang yang memberi teguran terhadap mutu nyanyiannya secara terbuka di Instagram.
Menurut Michael, Aliff sepatutnya sedar bahawa suaranya tidak sesuai untuk bernyanyi dan perkara itu diakui sendiri oleh rakyat Malaysia.
"Oh Datuk, kita tahu dan kau pun sedar yang kau memang tak boleh nyanyi. Kau feeling-feeling je kata kau penyanyi nombor satu. Datuk Siti Nurhaliza pun layankan kau. Tapi apa-apa pun kau memang tak boleh nyanyi. Suara kau memang tak sedap.
"Setiap kali raya pun kau buat video raya supaya jadi sebutan orang ramai, suka buat hal," katanya.
Bagi Michael, netizen tidak perlu mengutuk video muzik Aliff Syukri itu kerana ahli perniagaan itu katanya jelas sekali menerbitkan video tersebut untuk marketing sahaja.
Menyedari teguran itu, Aliff membalas kenyataan Michael dengan ringkas.
"Mulut puaka, aku tetap artis. Si mulut puaka," katanya menerusia dua hantaran di Instastory.
Sumber: Instagram Aliff Syukri
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment