'Kurang 2 minggu lagi nak beraya, tiba-tiba saya dibuang kerja tanpa sebab' - Lelaki terkilan dianiaya majikan



Tinggal beberapa hari saja lagi untuk umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal. Ada yang masih giat mencari barang kelengkapan beraya, tidak kurang juga yang gigih ke sana sini mencari baju raya. 


Namun, terfikirkah anda semua bahawa di tengah kesibukan anda melakukan persiapan untuk menyambut perayaan itu, ada insan yang ditimpa masalah/musibah? 


Semalam, Muhammad Safiy meluahkan rasa terkilannya melalui hantaran di Facebook mengenai sikap tidak bertanggungjawab majikan yang membuangnya di saat-saat akhir. 


Sudahlah dibuang tanpa alasan yang kukuh, harapannya untuk memperoleh bonus yang dijanjikan juga punah begitu sahaja akibat dianiaya oleh majikan yang tidak bertanggungjawab. 


"Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Kurang dua minggu lagi nak beraya dan lagi seminggu nak dapat bonus, tiba-tiba tanpa sebab saya dibuang kerja. 


"Bonus tak dapat, sedangkan saya mengharapkan duit bonus itulah untuk persediaan raya. Kerja entah ke mana," katanya. 


Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Muhammad Safiy bertanya kepada pihak atasan yang acuh tak acuh melayan pertanyaannya. 




"Bila tanya, tolak ke orang itu, orang ini, terhegeh-hegeh lagi. Hilang sabar saya dengan majikan ini. 


"Sepupu saya juga kena buang sebelum puasa. Allahuakbar, tak boleh fikir apa dah, nak raya dah kot?" katanya yang sebelum ini bekerja sebagai merchandiser bagi produk Dettol, Harpic, Air Wick, Shieldtox dan lain-lain. 




Ramai netizen bersimpati dengan nasibnya yang jelas sekali menjadi mangsa aniaya majikan. Netizen menggesa Muhammad Safiy membuat aduan pada Pejabat Buruh untuk menuntut haknya sebagai pekerja yang telah dibuang tanpa sebab. 


"Check balik offer letter. Contract For Service ke, Contract of Service. Kalau Contract of Service, kau kena pecat macam ni suka-suka hati, PM akak. Akak tolong kau prepare dokumen, kita lawan sampai dapat 24 bulan gaji," kata Siti Nordiana. 


Bagaimanapun, Muhammad Safiy menjelaskan, dia hanya pekerja kontrak sahaja. Sekiranya perkara itu dilaporkan kepada pihak Pejabat Buruh, tiada apa yang dapat dilakukan. Apa yang dikesalkan adalah, dia dibuang begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. 


"Untuk pengetahuan, saya kontrak saja. Pergi Pejabat Buruh pun tak boleh buat apa. Tetapi kenapa bila dah nak raya, buang saya macam tu sahaja? Kenapa bukan sebelum puasa atau selepas raya?" katanya. 


Sumber: Facebook



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.