Sami di India mahu tawan Kota Makkah, seru pengikutnya perang dengan Umat Islam



Seorang sami di India dikecam gara-gara menyampaikan satu ceramah yang berbaur kebencian kepada Umat Islam. Di dalam ceramah yang disampaikan itu sami tersebut menyeru pengikutnya menyerang kota suci Mekah dan merampas Kaabah daripada orang Islam.


Yati Narsinghanand Saraswati, 58, didakwa menyeru semua penganut Hindu di seluruh dunia untuk bersatu untuk bagi menakluk kota Makkah dan menjadikan Kaabah sebagai kuil Hindu.


Menurut sumber, seperti yang dilaporkan oleh Al Bawaba, Hindutva Watch, yang memantau serangan terhadap minoriti agama India telah memuat naik satu video ucapan Yati Narsinghanand melalui akaun Twitter.


Dalam ucapannya, Narsinghanand menggesa umat Hindu untuk menyertai perjuangan menentang orang Islam dan merebut Mekkah, di mana kuil Mahadev terletak.


“Hindu Rashtra adalah impian, kita bukan sahaja akan merampas Mekah. Kita juga mahu Sungai Mahadev Gangga yang mengalir dalam bentuk Zam Zam di sana,” kata Narsinghanand dalam khutbahnya.


“Jika anda tidak menawan Makkeshwar Mandir (merujuk kepada Kaabah), tiada kuasa di Bumi boleh mengalahkan Islam,” kata Narsinghanand kepada pengikut Hindu.


Menurut Hindutva Watch, Narsinghanand menyampaikan ucapan kebencian terhadap umat Islam semasa menghadiri Jagruti Samelan Hindu.


Narsinghanand ialah ahli terkemuka sayap kanan Hindu India dan ketua kuil Hindu Dasna di Ghaziabad. Beliau dipercayai telah lama terkenal dengan kritikan dan komen tentang anti-Islam.


Bagaimanapun, tiada maklum balas daripada pihak berkuasa dan Polis India mengenai ucapan kebencian yang tular di media sosial Narsinghanand.


Sumber: iloveborneo, Middle East Eye



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.