'Siapa yang beria WhatsApp merayu nak berjumpa konon masih sayang?' - Puteri Sarah akui trauma & kata Syamsul Yusof kaki spin



Kenyataan pelakon Puteri Sarah Liyana berhubung tuntutan nusyuz yang dibuat oleh suaminya yang dianggap sebagai kelakar, dilihat berjaya menjentik Syamsul Yusof sehingga mengeluarkan satu kenyataan balas yang panjang lebar awal pagi tadi. 


Dan baru sebentar tadi, Puteri Sarah membalas kenyataan itu satu persatu dan mendakwa suaminya memutar-belitkan cerita. 


SYAMSUL BERIA NAK BERJUMPA


"Hanya selepas fail nusyuz baru Sarah datang nak berjumpa? You must be dreaming man! The Whole time I don't wanna see you because I said, talk to my lawyer, because I know you ni kaki putar belit cerita. 


"After sesi berdamai di JAWI, I tak nak berjumpa dengan you. Siapa yang beria WhatsApp I merayu nak berjumpa konon kata masih sayang?


"Isteri baru you tau tak you asyik WhatsApp kata masih sayang I? Kalau I nusyuz, katanya dari awal kahwin, kenapa sampai sekarang tak lepaskan I je?




"Bila suruh record perjumpaan, bermati-matian tak bagi record. The whole world knows you ni kaki spin lah. 



DAH LAMA TERIMA TAKDIR SYAMSUL KAHWIN DENGAN IRA KAZAR



"(Terima qada dan qadar) dah lama terima takdir bro. 1,000,000 kali you kata berpisah secara baik tetapi sampai court tak lafaz juga. Apa cerita bro??? 


"Berapa banyak kali my lawyers ask for hakam, as usual your side ada je excuse nak bantah. You're dreaming or what? Wake up bro!" tegasnya. 


Puteri Sarah juga menuntut bukti daripada Syamsul jika benar dia berhubung dengan suami orang seperti yang didakwa. 


"Jangan cakap saja, bukti mana bukti? Tuduhan nusyuz sampai 44 pages, satu bukti pun tarak. 


"Siapa yang gunakan mama dan papa untuk meraih simpati? Two years I lived with them and mama papa saksi segalanya. Jumpa anak-anak pun hanya bila mama you call tanya tak rindu anak ke? Barulah nak jumpa. 


"Tak hairanlah kaki spin macam ni, kalau bapak sendiri pun dah kena block empat taun, tak balik raya pun empat tahun, ada hati nak kata I ni hasut mama dan papa you. Cukuplah bersandiwara you," katanya. 


TRAUMA JADI ISTERI SYAMSUL


"Betapa traumanya I ni tak nak jadi isteri you lagi. Nak settle cara baik dan minta dilepaskan macam terlalu susah sangat. Terimalah hakikat yang you memang tak nak lepaskan I selagi I tak ikut syarat-syarat keterlaluan you. 


"RM500,000 mutaah + nafkah tertunggak memang you sangat mampu. Itupun bayar ansuran, you kata tuntutan I melampau? But no, you cuma nak bagi I dan anak-anak apa yang you rasa you nak bagi. 




TETAP ENGGAN TARIK BALIK KES TERHADAP IRA KAZAR


"Kalau boleh nak suruhI tarik semua ks terhadap family Kaza. Itu syarat wajib. Sorry but no! I had enough trauma dengan kaki spin like you. Will see ou and Kazar's Family in court!" katanya.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.