'Saya tak berani keluar, nak pergi balai polis pun takut' - Shermine disekat dari Facebook selepas dedah Influencer TikTok curang dengan staff sendiri
Media sosial hari ini digemparkan dengan pendedahan Shermine, isteri kepada influencer TikTok yang didakwa curang dengan kakitangannya sendiri.
Dalam perkembangan terkini, Shermine memaklumkan dia telah disekat dari memasuki Facebook page miliknya selepas pendedahannya itu menular dengan pantas di media sosial.
"Hai guys, saya punya fan page sekarang tak boleh login. Saya tak boleh nak masuk langsung. Mungkin.. yalah itu orang yang pergi report saya and then saya tak boleh update apa-apa kat dalam page tu," katanya.
Walaupun ramai netizen yang menggesa Shermine meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun ibu kepada tiga anak itu mengakui dia masih takut akan keselamatan diri dan anak-anaknya.
"Saya tak tahu, saya sekarang tak berani nak keluar. Nak pergi ke balai polis pun tak berani sebab takut. Saya takut dia cari saya ke apa," katanya.
Shermine memaklumkan netizen tidak perlu risau dengan keadaannya kerana dia tahu menjaga dirinya.
"Saya akan jaga diri, korang jangan risau. Apa-apa, saya akan update di sini," katanya.
Hantaran terakhir Shermine di Facebook mengatakan, dia dihubungi oleh bekas suaminya yang merayu agar dia kembali ke pangkuan lelaki itu. Tetapi Shermine enggan melayani permintaannya.
"Dia cari saya, merayu saya balik. Tapi sorrlah, saya takkan kena trap you. Saya dah block dia dan sembunyi," katanya.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment