(Video) 'Apsal rakam muka kitorang?! Ini privasi orang tau?!' - Sekumpulan remaja sasar mercun pada rumah penduduk, 2 lelaki alami kecederaan di kepala



Sejak semalam tular di media sosial sekumpulan kanak-kanak lelaki bermain mercun dengan menyasarkan premis dan kediaman orang awam dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Gombak. 


Dalam video tersebut, jelas sekali kumpulan berkenaan sengaja berbuat demikian tanpa menghiraukan keselamatan penduduk sekitar. Lebih teruk lagi, ada saksi yang mendakwa mereka dibaling dengan batu sehingga menyebabkan dua orang awam mengalami kecederaan di belakang telinga. 


KEJADIAN BERMULA SEJAK HARI PERTAMA BERPUASA


@user069912170712 Kalau macam ni boleh ambil tindakan apa ya ? Dah tegur tapi tak jalan 🙂 @UtusanTV @pdrmalaysia #asalgombak #pdrm ♬ original sound - anak yatim


Menurut pengadu yang menggunakan nama Anak Yatim itu berkata, kediaman mereka sudah menjadi sasaran kumpulan yang sama sejak 23 Mac lalu, hari pertama berpuasa. 


"23 Mac hari pertama berpuasa korang mulakan dan bertubi-tubi korang baling mercun bola, korang selotape mercun bola dengan batu supaya shoot sampai ke tempat kami. 


"Pihak kami tak ada pun yang mulakan, tetapi kenapa rumah kami yang diserang?" katanya.


@user069912170712 Replying to @Kaki select🔥 ♬ original sound - anak yatim


Difahamkan, pengadu pernah pergi berdepan dengan kumpulan terbabit tetapi kehadirannya membuatkan meerka ketakutan dan terus melarikan diri. 


Apa yang lebih mengesalkan adalah, tiada seorang pun ibu bapa di kawasan itu berani mengaku anak mereka bermain mercun pada waktu kejadian. 


"Ramai kan (mereka)? Tapi bila datang serang sana, semua lari. Sedangkan ramai macam ni, boleh pula tak ada seorang pun mak ayah yang mengaku anak-anaknya bermain mercun," katanya. 


@user069912170712 Replying to @Terima.Hakikat ♬ original sound - anak yatim
@user069912170712 Replying to @liani98 ♬ original sound - anak yatim


BILA DIAJAK BERSEMUKA, MULA NAFIKAN, BERPERANGAI BIADAB DAN TIADA RASA HORMAT TERHADAP ORANG DEWASA


Ketika berdepan dengan kanak-kanak terbabit, mereka dengan biadab dan langsung tiada sedikit pun rasa hormat terhadap orang dewasa, mempertikaikan tindakan pengadu yang merakam wajah mereka. 


"Apsal rakam muka orang ni? Hey! Ini privasi orang tau?! Apsal nak rakam- rakam orang?! Apa benda siak?! Kitorang pun ada bukti jugak la kak. Kitorang tak takut pun. Apsal nak rakam muka orang? 


"Akak tau tak kesalahan kampung akak.... (tidak jelas)? Tak nampak ke mercun bola banyak-banyak tu? Matikanlah telefon tu. Mercun bola tadi lalu sini," katanya. 



BERSORAK APABILA MERCUN TERKENA ORANG AWAM


Dalam penjelasan berikut, pengadu menambah, "Kat sini apa ang korang boleh nampak. Diorang akan bersorak apabila mercun itu kena pada orang. Ada masalah mental ya bila bahagia tengok orang lain terluka. 


"Apa yang paling kejam, diorang akan baing batu bila mercun dah habis. Video yang terakhir tu kesan daripada diorang baling batu. Ada dua orang mengalami kecederaan (kepala bocor) disebabkan batu yang diorang baling ke sini. Tak pasal-pasal dapat tiga jahitan," katanya. 



Di media sosial, netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan remaja berkenaan yang jelas sekali menggunakan mercun untuk menyerang orang awam, mengganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk. Malah, mereka turut mendesak ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit turut dikenakan tindakan undang-undang kerana cuai dan gagal dalam menjaga anak masing-masing sehingga menyebabkan gangguan terhadap penduduk setempat. 


"Budak-budak sekrang memang biadab eh? Tak ada respect betul dekat orang tua. Mana mak bapak budak-budak ini, takkan diam je? Buat report polis je senang tapi sebelum report tu, bagi la makan penampar sikit. Oh ya, dia buat orang boleh, time kita nak rekod 'apa rekod-rekod' pandai kau ya, biadab," kata Loki. 


"Inilah hasil didikan mak bapak yang suka cakap 'Budak-budak, biasalah'. Bebal anak kau kat luar buat perangai sial kau tak tahu menyusahkan! Kalau akulah, memang aku lempang sampai lebam!" kata Waniqmn. 


Sumber: TikTok Pengadu, Malaysia Most Viral



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.