'Kalau saya terbukti curang lagi, saya sedia ceraikan isteri' - Penyanyi Virgoun kantoi curang, isteri dedah suami pernah langgan pelacur
Penyanyi Indonesia, Virgoun Teguh Putra, didakwa mengkhianati isterinya dengan menjalinkan hubungan bersama wanita lain.
Perkara itu didedahkan oleh isterinya sendiri, Inara atau Idol Rusli, melalui hantaran di Instagramnya baru-baru ini.
Menurut Inara, Virgoun curang dengan Austina Tenri Ajeng Anis, sejak dua tahun lalu. Sedangkan sebelum ini Virgoun pernah menandatangani surat perjanjian di mana dia mengakui semua kecurangannya itu dan berjanji tidak akan menghubungi wanita terbabit selagi mereka masih bergelar suami isteri.
Isi kandungan surat perjanjian tersebut:
"Saya mengakui selama masih dalam status menikah dengan Inara, bahawa benar saya telah menjalinkan hubungan dengan Austina seperti suami isteri yang mana dilarang oleh agama dan pemerintah sejak 27 September 2021.
"Apabila di kemudian hari saya terbukti mengulangi perbuatan curang yang melukai isteri dan keluarga, saya sedia untuk menceraikan isteri saya, memberi nafkah sebanyak 40,000 rupiah (RM11,900+) sebulan dan memberi hak penjagaan tiga anak kami kepadanya.
"Demikian surat penyataan ini yang saya buat dengan sedar dan tanpa paksaan mana-mana pihak," tulisnya pada surat bertarikh 24 ogos 2022 sambil disaksikan oleh dua saksi termasuk Inara.
Inara dalam kenyataannya di Instagram berkata, Virgoun pernah melanggan beberapa pelacur untuk memuaskan keinginannya. Malah dia pernah meminta Inara melakukan hubungan intim dengannya di siang hari ketika bulan Ramadan.
Lebih teruk lagi, Virgoun didakwa memaksa Inara untuk membuka purdah yang dipakainya.
"Saya tidak pernah ada masalah menunaikan tuntutan suami untuk meminta saya kurus biarpun terpaksa menahan sakit disuntik, ke klinik kecantikan untuk laser bahagian badan, malah disuruh membuka purdah.
"Ini kerana dia kata di duniawi ini dia mahu orang tahu bahawa dia mempunyai isteri yang cantik. Saya juga diminta untuk melayani 'keinginannya' di siang hari bulan puasa. Demi Allah, saya tidak pernah membantah," katanya.
Berdasarkan beberapa bukti yang dikongsikan oleh Inara, Virgoun pernah berbelanja besar untuk Austina termasuk membeli sebentuk cincin, belanja tiket konsert Blackpink dan banyak lagi.
Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Instagram Inara
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment