Ahli EXCO jaga perumahan Johor bercuti selepas anak ditangkap rasuah, seleweng

ISKANDAR PUTERI, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Seorang anggota EXCO Johor hari ini memohon cuti berikutan penahanan anaknya bersama dua pegawai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes rasuah dan penyelewengan hartanah.

EXCO Pendidikan Penerangan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, EXCO berkenaan telah bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jam 9.30 pagi tadi.

Pengumuman kelulusan permohonan cuti itu dimaklumkan oleh Mohamed Khaled di mesyuarat EXCO dan segala urusan berkaitan dengan portfolio yang dipegang anggota EXCO berkenaan ditangguhkan.

“Jika ada urusan berkaitan dengan pentadbiran, ia dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Kalau memerlukan keputusan segera berkaitan dengan dasar, itu boleh dirujuk kepada menteri besar sendiri,” kata Md Jais.

Katanya, cuti itu untuk memberi ruang kepada anggota EXCO berkenaan menyelesaikan perkara melibatkan pegawai dan keluarganya.

“Beliau tidak disabitkan (terhadap kes) sama ada dengan siasatan atau dakwaan. Itu kena jelas,” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan penahanan enam individu Sabtu lalu oleh SPRM kerana dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.
Semua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam operasi serentak kira-kira jam 8.30 pagi.

Mereka yang ditangkap merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai Kerajaan Johor, dua pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam.

The post Ahli EXCO jaga perumahan Johor bercuti selepas anak ditangkap rasuah, seleweng appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mcahMB .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.