Multaqa Pendidikan dan Sosial MPI lulus 10 resolusi
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Multaqa Pendidikan dan Sosial Majlis Perundangan Islam (MPI) bersepakat meluluskan 10 resolusi semalam.
Seramai tujuh panel dari kalangan ilmuwan dan tokoh-tokoh berwibawa membincangkan dua aspek iaitu pendidikan dan sosial dalam bentuk Sidang Pleno (Plenary Session) terhadap cadangan inovasi yang diutarakan bersama agensi peneraju, ahli akademik dan pihak berkepentingan berkaitan.
Persidangan yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini dihadiri lebih 500 ilmuwan dan tokoh bagi membincangkan pelbagai isu pendidikan dan sosial di negara ini.
Persidangan itu adalah program teras anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menjadi medium bagi menghimpunkan kumpulan pemikir untuk berbincang mengenai pendidikan dan sosial umat Islam di Malaysia.
10 resolusi dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, iaitu:
1) Pengukuhan pendidikan kerohanian dalam Institusi Diraja, Institusi Mufti sebagai penasihat kepada Institusi Diraja dan Kepemimpinan – pentadbiran kerajaan pusat, pengurusan awam di negeri-negeri, penguatkuasa undang-undang, parti politik, agensi awam dan swasta, dunia bisnes, dunia industri, persatuan belia, media dan jurnalisme, budaya, kesenian dan hiburan, penulisan dan sastera;
2) Menerapkan unsur kerohanian dalam KPI Kementerian, Jabatan atau Agensi;
3) Menyediakan kerangka tarbiyyah ruhiyyah lil ummah (garis panduan) dengan lebih holistik – Garis Panduan Pengukuhan Kerohanian (mengikut golongan sasar;
4) Menggalakkan pelaksanaan program-program kerohanian di Kementerian, jabatan, agensi, sektor awam dan swasta seperti program perkhemahan pendidikan kerohanian, tazkirah bulanan, leadership talk, Town Hall, penekanan solat berjemaah dalam program anjuran Kementerian, jabatan, agensi dan Qiamullail perdana;
5) Penjajaran semula sistem pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah;
6) Manhaj Tarbawi Rabbani untuk setiap isi rumah Muslim. Contoh: Kit Pendidikan Baitul Muslim;
7) Menyediakan buku teks Pendidikan Akhlak untuk pendidikan awal kanak-kanak;
8) Menyediakan program TOT untuk Murabbi program kerohanian ummah;
9) Memperkasakan nilai-nilai akhlak rabbani di kalangan Muslim;
10) Mendidik ummat menghormati perbedaan pandangan dan kesarwajagatan keinsanan ‘universal human fraternity’ atau ‘al-ukhuwah al-insaniyyah al-alamiyyah’.
The post Multaqa Pendidikan dan Sosial MPI lulus 10 resolusi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mqCnEx .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment