Dakwaan pembangkang Saudi Aramco tarik diri projek Rapid meleset: Azalina
KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Dakwaan pembangkang kononnya syarikat Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) menarik diri daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor terbukti meleset apabila ia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas, semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerjasama itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan serta menjadikan kawasan Parlimen Pengerang tumpuan pelabur dalam dan luar negara.
“Semua anak jati Johor tidak kira kedudukan, agama dan bangsa harus mengalu-alukankan pelaburan besar seumpama ini kerana ia akan meletakkan negeri Johor di mata dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Petronas semalam menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion yang disaksikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perjanjian berkenaan membolehkan syarikat Arab Saudi itu menguasai 50 peratus ekuiti dalam aset kraker dan penapisan di bawah RAPID.
Azalina, yang juga anggota Parlimen Pengerang, berkata pelaburan itu bakal memacu pembangunan negeri serta kemakmuran rakyat Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.
“Kejayaan ini tidak mampu direalisasikan tanpa ada usaha daripada kerajaan negeri dan persekutuan terutama dalam menarik pelabur bertaraf global,” katanya. – Bernama
The post Dakwaan pembangkang Saudi Aramco tarik diri projek Rapid meleset: Azalina appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mqEqsj .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment