TDM miliki kemampuan hadapi ancaman nuklear, biologi dan kimia: Panglima


PORT DICKSON,2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat, kata Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Sri Zulkiple Kassim.

Katanya, batalion itu yang dilengkapi kemahiran dan logistik yang mampu beroperasi dalam suasana dicemari radioaktif ditubuhkan bagi berkhidmat di bawah misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Wakil PBB datang untuk membuat pemeriksaan terhadap peralatan dan kesiagaan kita untuk berkhidmat dan mereka berpuas hati.

“Pasukan ini diterima PBB serta layak diatur gerak ke luar negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan dan menyampaikan perutusan sempena Hari Tentera Darat ke-84 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Pada majlis itu, Zulkiple turut melancarkan manual kualiti standard tentera darat – MASt (Malaysian Army Standard) yang bertujuan menyeragamkan prosedur sedia ada dalam TDM sekali gus meningkatkan keberkesanan dan kecekapan.

“Ia dilancarkan pada Jun 2016 dengan tiga MASt telah dibangunkan pada masa itu. Sehingga kini 18 MASt dibangunkan. Kita percaya kesemua 18 MASt ini mampu meningkatkan budaya kualiti tentera darat ke arah kecemerlangan,” katanya.

Terdahulu, dalam perutusannya, Zulkiple berkata, TDM kini dalam proses penjajaran semula kem-kem tentera darat yang agak padat dan akan ditempatkan di kem-kem baharu.

“Proses ini dilihat mampu untuk meningkatkan lagi moral dan produktiviti warga tentera darat dalam melaksanakan penugasan harian,” katanya.

Perbarisan hari ini melibatkan 158 pegawai dan 3,629 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 18 ditasmen dari semua kor tentera darat termasuk pasukan elit Rejimen Gerak Khas dan 10 Briged Para.

Perbarisan diketuai oleh Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Hasagaya Abdullah. – Bernama

The post TDM miliki kemampuan hadapi ancaman nuklear, biologi dan kimia: Panglima appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m6wn2z .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.