Imej Pengolokan Samsung Galaxy S8 Tertiris
Tinggal 28 hari sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ akan dilancarkan secara rasmi di sebuah acara khas di New York. Rekaan peranti utama 2018 Samsung ini sudah beberapa kali tertiris tetapi hari ini imej pengolokan yang jelas tertiris ke arena web.
Tiada hadiah sekiranya anda meneka sumber ketirisan ini kerana sekali lagi ia datang dari @evleaks. Ia jelas menunjukkan paparan skrin kekunci peranti dengan bahagian hadapan semua-skrin. Peranti ini bakal hadir dengan pemproses Snapdragon 835 atau Exynos 8895 yang kedua-duanya dihasilkan menggunakan teknologi FinFET 10 nm. Dari apa yang dilihat S8 mungkin akan menjadi antara peranti paling seksi 2017.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mbTg5v .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment