Mufti Perlis saran lelaki berkemampuan cepat kahwin


KANGAR, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan lelaki yang berkemampuan supaya cepat berkahwin untuk memperoleh  zuriat dan secara langsung menambah bilangan penduduk negeri Perlis.

Katanya, Islam menuntut lelaki yang berkemampuan zahir dan batin berkahwin dan tidak wajar melengahkannya kerana sikap demikian menyebabkan bilangan umat Islam lambat bertambah.

“Saya harap mereka berani menyahut cabaran ini namun mereka juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain bertanggungjawab,” kata Mohd Asri dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Beliau turut menyarankan golongan muda yang bekerja dan mencari rezeki di Perlis supaya memilih gadis-gadis negeri ini sebagai isteri dan terus menetap di Perlis agar matlamat menambah bilangan penduduk tercapai.

Dalam hubungan ini, ibu bapa sebaiknya tidak meletakkan hantaran atau belanja tinggi perkahwinan anak-anak gadis mereka sehingga membebankan pihak lelaki, kata Mohd Asri.

“Hantaran perkahwinan adalah adat sedangkan Islam hanya menuntut mas kahwin,” katanya dan menambah ibu bapa seharusnya mengutamakan kesejahteraan jangka panjang anak-anak mereka dengan berusaha mencegah kemungkaran. – Bernama

The post Mufti Perlis saran lelaki berkemampuan cepat kahwin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mbgnNb .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.