OPPO R9s Plus tampil lebih besar dan tahan lama

OPPO Malaysia hari ini melancarkan OPPO R9s Plus, versi lebih besar dari OPPO R9s yang dilancarkan awal tahun ini. Ia memiliki rekabentuk yang sama dari luaran, tetapi dengan fizikal yang digandakan.

OPPO R9s kini memiliki skrin 6-inci HD Penuh AMOLED, dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5. Ia memiliki pengimbas capjari terpantas di butang Home, serta 6 garisan antena di belakang badan.

Perkakas dalaman menerima peningkatan dari R9s. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 653 8-teras 1.95GHz, bersama 6GB RAM dan 64GB storan. Ini adalah peranti pertama OPPO dengan 6GB RAM. Ia juga menyokong dwi-sim 4G dan mikroSD, melalui slot hibrid.

OPPO mempromosi R9s sebagai telefon dengan kamera belakang yang hebat. R9s Plus juga memiliki kamera yang sama, dengan sensor khas Sony IMX398 berkuasa 16MP f/1.7 bersama dwi-PDAF. Tetapi ia ditambah penstabil imej optikal OIS+. Kamera hadapan juga 16MP dengan apertur f/2.0 bersama pelbagai tetapan swafoto OPPO yang popular.

Badan OPPO R9s Plus yang lebih besar, membolehkan bateri berkapasiti 4,120mAh dimuatkan ke dalamnya. Ia menyokong pengecasan pantas OPPO VOOC menerusi port mikroUSB. Sistem operasinya diuruskan oleh Android 6.0.1 Marshmallow dengan antaramuka COlorOS 3.0.

Harga jualan OPPO R9s Plus di Malaysia adalah RM2,498, sedikit tinggi berbanding R9s berharga RM1,798. Tetapi R9s Plus menerima jaminan OPPO Care percuma, menjamin dari keretakan skrin selama 12 bulan. Ia boleh mula dibeli hari ini dari Stor Konsep OPPO di seluruh Malaysia, Stor Online OPPO, dan rakan niaga OPPO seperti Lazada, 11street, Shopee dan Gemfive.

The post OPPO R9s Plus tampil lebih besar dan tahan lama appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lavV47 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.