Tidak mustahil kita akan rampas Malaysia, kata Naib Presiden PAS

MACHANG, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, partinya sedia bergerak sendirian dan bertanding di semua kerusi pada PRU14.

Kesediaan itu termasuklah menghadapi sebarang kemungkinan berdepan pertembungan lebih dua penjuru.

“Kita bersedia, kita akan lawan. Dua penjuru, tiga penjuru, malah lima penjuru pun kita tetap lawan. Kita bukan agah (sombong) tapi perjuangan dan matlamat kita jelas.

“Malah melalui kajian dibuat, peluang PAS cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia. Yang penting, kita kena istiqamah dan yakin dengan kuasa Allah ,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di Kampung Pangkal Jenereh, di sini, malam, kelmarin.

Mohd Amar menegaskan, PAS tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan UMNO dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

Katanya, dakwaan parti tertentu mengenai kerajaan perpaduan tersebut adalah tuduhan yang tidak berasas bagi menjatuhkan PAS semata-mata.

“Tuduhan tersebut bertujuan memburukkan-burukkan PAS dan menarik sokongan kepada parti mereka, sedangkan kerajaan gabungan itu tidak pernah dibincangkan.

“PAS tetap terus menjadi alternatif dan pesaing utama kepada UMNO BN pada PRU akan datang. Kita akan lawan,” katanya.

The post Tidak mustahil kita akan rampas Malaysia, kata Naib Presiden PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lwrEEA .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.