DBKL akan bangunkan enam tapak ‘trak makanan’ tahun ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal membangunkan enam tapak trak makanan atau ‘food truck’ di sekitar ibu negara tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar berkata, antara kawasan yang dikenal pasti ialah berhampiran Bangunan Tabung Haji dan Masjid Jamek di sini.

“‘Food truck’ ini akan menjadi satu persekitaran jalan di samping mentransformasikan penjaja jalanan kepada usahawan ‘food truck’ yang menjadi pilihan generasi muda masa kini,” katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Beliau berkata, pembangunan kawasan trak makanan itu bakal mewarnai landskap industri pelancongan kulinari di ibu negara yang menepati ciri-ciri gaya hidup warga kota.

Rosida sebelum itu mengadakan lawatan ke Karnival Food Truck 101 di kawasan tempat letak kenderaan terbuka berhampiran KL Sentral di sini.

Karnival yang diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan itu merupakan anjuran bersama DBKL, Institut Keusahawanan (INSKEN) dan Kelab Trak Makanan Bandaraya Kuala Lumpur.

Acara julung kali diadakan itu menghimpunkan 30 trak makanan dengan konsep perniagaan moden. – Bernama

The post DBKL akan bangunkan enam tapak ‘trak makanan’ tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lUtEHL .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.