Kerajaan perlu semak semula pelaksanaan GST: Nik Abduh
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 2 Jamadilawal 1438H, Rabu – PAS menggesa kerajaan menyemak semula kewajaran aspek pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi mengatasi kenaikan kadar inflasi yang ditanggung rakyat.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pertimbangan semula pelaksanaan GST ketika ini adalah tepat memandangkan peningkatan harga minyak mentah dunia yang stabil.
“Peningkatan harga minyak mentah dunia itu seharusnya meningkatkan pendapatan kerajaan terutamanya berkaitan dengan hasil minyak (oil-related revenue).
“Tahun lalu, jumlah pendapatan daripada keseluruhan hasil minyak hanya mencapai 14.6 peratus dan dengan jangkaan harga semasa minyak mentah dunia, pendapatan negara sudah pasti akan melonjak.
“Maka, sebaiknya kerajaan melaksanakan ‘revision’ terhadap aspek perlaksanaan GST yang sebelum ini dikatakan sebagai ‘offset’ bagi menyerap pendapatan yang rendah dari hasil minyak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut beliau bagaimanapun berkata, PAS tetap bertegas menolak pelaksanaan GST yang disifatkan menjadi titik asas kepada peningkatan kos sara hidup di negara ini.
“Ironinya, setiap tahun kerajaan begitu bangga dengan peningkatan kadar kutipan GST, walhal, bukankah peningkatan itu hasil dari keperitan rakyat yang berbelanja setiap hari?
“Pada 2015, jumlah kutipan mencecah RM27 bilion sebelum meningkat kepada RM38 bilion pada 2016. Jumlah kutipan dijangka terus meningkat sebanyak 4 peratus kepada RM40 bilion pada 2017.
“Lebih malang lagi apabila peningkatan jumlah kutipan yang ditunjukkan itu diselangi pula dengan potongan terhadap beberapa perbelanjaan sosial seperti peruntukan kepada universiti awam,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, apa yang menjadi persoalan ketika ini, tidak hanya tertumpu kepada bagaimana GST diperolehi malah ke mana ianya dibelanjakan.
“Justeru, peningkatan mendadak kadar inflasi pada Januari ini seharusnya menjadi suatu indikator kepada kerajaan supaya memperhalusi semula polisi-polisi yang membebankan rakyat terutamanya sistem cukai GST.
“Tidak menjadi suatu kesalahan jika kerajaan mengambil suatu pendirian melaksanakan kajian penilaian impak (impact evaluation) mahupun penilaian terhadap sejaumana relevennya GST (relevance evaluation) untuk dilaksanakan,” katanya.
The post Kerajaan perlu semak semula pelaksanaan GST: Nik Abduh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2loiNE2 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment