Ary Malik Meninggal Dunia Selepas Setahun Lebih Bertarung Kanser Ovari Tahap Empat
Industri hiburan tanah air kali ini kehilangan seorang pelakon dan personaliti TV yang popular sekitar tahun 90-an, Ary Malik akibat kanser ovari yang dihidapinya sejak setahun lalu.
Ary menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Aktres ini dilaporkan telah bertarung dengan kanser ovari tahap empat.
Berita pilu itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Shahrul Nizam Shahruddin. Pada ketika itu, suaminya turut berada disisi sebelum dia pergi buat selamanya.
Menurut Shahrul, isterinya meninggal dunia pada jam 7.17malam semalam. Bagi Shahrul dan anak-anak, mereka mengalami satu kehilangan yang besar dalam keluarganya.
“Saya berasa satu kehilangan yang besar. Dia isteri yang sangat penyayang dan disayangi ramai. Saya juga banyak belajar mengenai kehidupan bersamanya. Anak-anak pula nyata bersedih dan terkejut dengan pemergian ibu mereka. Malah, saya dapat lihat masing-masing sudah mula merindui dan berasa ketiadaannya sewaktu dia mandikan. Saya berterima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga,” katanya kepada BH Online.
Jenazah Ary selamat dikebumikan pada malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Sebelum itu, jenazah dibawa ke Masjid Kem Wardieburn untuk dimandi dan dikafankan.
Ary dikhabarkan menjadi semakin lemah selepas mengikuti proses kemoterapi sejak tahun lalu. Dia menjalani rawatan susulan pabila tubuhnya semakin tidak berdaya dan ditempatkan di hospital Ampang sejak 18 Februari lepas.
Namun, tahap kesihatan Ary semakin teruk dan disebabkan itu, dia terpaksa bergantung hidup pada mesin jangka hayat. Ary dan Shahrul dikurniakan dengan tiga orang anak.
EH! mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai Ary Malik. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan yang beriman.
The post Ary Malik Meninggal Dunia Selepas Setahun Lebih Bertarung Kanser Ovari Tahap Empat appeared first on EH!.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2ln8DmT .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment