Johor Bahru lokasi termurah bagi perjalanan bertujuan perniagaan di Asia Pasifik


SINGAPURA, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Johor Bahru, bandar yang berjiran dengan Singapura, merupakan lokasi paling murah di Asia Pasifik bagi perjalanan untuk tujuan perniagaan, menurut hasil Kajian Kadar Harian ECA International.

Kos keseluruhan perjalanan bagi tujuan perniagaan biasa ke Johor Bahru, tidak termasuk perjalanan ke dan daripada bandar itu, secara purata setiap hari ialah US$174 (US$1=RM4.43).

Selain itu, dari segi lokasi perjalanan bagi tujuan perniagaan dalam kategori mahal, Johor Bahru berada di kedudukan ke-78 mengikut ranking Asia-Pasifik ECA International tahun ini.

Menurut penyedia global terkemuka bagi data dan perisian untuk pengurusan dan penugasan pekerja di seluruh dunia itu, Kuala Lumpur adalah satu-satunya ibu negara yang menjadi 10 lokasi paling murah bagi perjalanan untuk tujuan perniagaan di Asia tanpa mengambil kira kos penginapan hotel.

Laporan tahunan oleh ECA itu menyediakan kos purata untuk penginapan hotel, makanan, minuman, dobi, pengangkutan teksi dan keperluan harian, yang mana maklumat itu berguna untuk syarikat bagi menentukan perbelanjaan harian untuk perjalanan perniagaan pekerjanya.

Pengarah Serantau bagi Asia, ECA International, Lee Quane berkata, kadar hotel susut sejak 12 bulan lepas susulan penurunan harga minyak dan gas sekali gus menjejaskan kekerapan perjalanan bagi tujuan perniagaan ke dan dalam negara berkurangan.

“Ini turut didorong oleh penyusutan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat, menjadikan kos perjalanan bagi tujuan perniagaan di Malaysia lebih rendah berbanding lokasi lain di rantau itu,” katanya.

Mengikut hasil Kajian Kadar Harian ECA International, Johor Bahru kekal lokasi paling murah di rantau itu untuk perjalanan bagi tujuan perniagaan sama ada termasuk kos penginapan hotel atau sebaliknya.

Sementara itu, Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan, dan Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia adalah antara lokasi paling murah di rantau itu tanpa mengambil kira kos penginapan hotel manakala Kuala Lumpur di kedudukan ke-66.

Tokyo kekal sebagai destinasi perjalanan bagi tujuan perniagaan paling mahal di Asia Pasifik, katanya. – Bernama

The post Johor Bahru lokasi termurah bagi perjalanan bertujuan perniagaan di Asia Pasifik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mqKFfs .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.