Lelaki Dilarang Kencing Berdiri Di Jerman - Nak Tahu Kenapa?




Oleh : Khairul Abdullah

"Jangan kencing berdiri."

Germany Toilet Sign
Germany Toilet Sign
Itu adalah larangan penting bila anda di Jerman. Masih terdapat tandas awam seperti di pusat membeli belah, kafe, restoran dan sebagainya yang memaparkan tanda larangan tersebut khusus untuk kaum lelaki.

Terutamanya untuk tandas yang tidak mempunyai urinal atau mangkuk kencing di dinding tu. Namun anda boleh sahaja kencing berdiri di tandas awam.

Tak ada polis pun yang nak check. Namun jika anda bertandang ke rumah orang Jerman, sila pastikan anda duduk ketika melakukannya.

Orang Jerman tidak suka mendengar bunyi desiran air dari hasil kerja anda dan mereka tidak suka segala percikan yang turut terhasil darinya. Jangan terkejut jika kebanyakan orang lelaki di Jerman kencing duduk ketika di rumah sendiri lah.

Namun kalau di luar mereka sama sahaja. Semuanya adalah atas faktor kebersihan. Ada satu kes seorang lelaki bukan Jerman sedang melihat bilik untuk disewa bersama beberapa lelaki Jerman, beliau memohon menggunakan tandas sebentar dan apabila keluar mereka berkata "kami mendengar anda kencing berdiri.

Jika ingin tinggal bersama kami, sila kencing duduk". Mamat tadi terpaku. Orang Jerman sememangnya jenis sound direct. Ada pula kes seorang penyewa di saman oleh tuan rumah kerana kencing berdiri.

Walaupun kalah dan hakim menegaskan yang lelaki ada hak untuk kencing berdiri, namun ini menunjukkan yang orang Jerman sangat mengambil berat perkara tersebut. Rasanya tidaklah salah atau pelik budaya tersebut kan? Ianya adalah tentang kebersihan. Itulah yang sebaiknya.

Di Malaysia, kita pun sama sahaja, kencing duduk adalah perkara biasa dan sebaiknya begitu. Kalau berdiri pun tak ada yang nak tegur atau marah kita kan? Hak masing-masing. Ada yang kencing berlari pun rilek jer.

Sumber : Mediahub

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.