Bukan rahsia lagi, DJ Lin mahu cari suami kaya
Selepas sepuluh tahun bergelar ibu tunggal, penyampai radio segmen Suria Cinta tidak berselindung mencari teman yang mampu memberi kesenangan hidup.
DJ Lin, nama popular Roslinda Abdul Majid secara terbuka mengakui mencari lelaki kaya memandangkan situasi ekonomi yang begitu mencabar.
“Sudah tentu saya mencari yang kaya. Sebab sekarang ini semuanya memerlukan duit. Inilah realiti kehidupan. Kita tidak boleh menafikannya.
“Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya perlu mencari seseorang yang boleh menyara saya, bukan saya menyara dia.
“Daripada saya yang sara, baik saya duduk sendiri. Saya mahu seseorang lelaki yang menghargai dan bertanggungjawab.
“Memang kalau tanya saya, saya mencari lelaki kaya,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
Pemilik suara yang bersiaran setiap Ahad hingga Jumaat dari 8 malam hingga 1 pagi ini sudah 10 tahun mengendalikan segmen Suria Cinta di Suria FM.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga dinobatkan penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABP) pada Mei tahun lalu.
DJ Lin, 40, berkata disebabkan kemesraan bersama peminat maka tidak hairan lamaran jodoh juga diterima sewaktu langsung ke udara.
“Saya tidak menafikan ramai yang cuba mendekati saya adalah di kalangan peminat sendiri.
“Melamar semasa ke udara pun ada dan itu realiti maka kita tidak perlu hipokrit.
“Buat masa sekarang, yang cuba mendekati Lin ialah pendengar. Mereka bermula mendengar di radio. Macam mana boleh jatuh cinta, saya pun tak faham,” katanya.
Bagaimanapun, DJ Lin melihat keutamaannya kini memberi fokus pada kerjaya terutama selepas memenangi ABP pada tahun lalu.
Katanya, selain kerjaya, kedua-dua anaknya yang sedang membesar juga perlu diberi perhatian sebelum kembali berumah tangga.
“Selepas menang ABP, kerjaya saya berada di kemuncak, maka saya perlu beri lebih fokus kepada kerjaya buat masa ini.
“Kalau boleh, esok nak selesai semua [kahwin] sebab sudah 10 tahun saya menjadi ibu tunggal.
“Anak saya pun sudah besar, jadi sekarang fokus pada anak dan kerjaya. Untuk jodoh, saya serah pada Allah.
“Kalau tertulis jodoh saya pada tahun ini, saya bersyukur. Kalau tidak pun, saya sudah biasa begini. Peminat selalu mendoakan,” katanya.
Sumber: Projek MMO
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mbVodo .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment