Polis masih lagi dilihat institusi paling korup

KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Tinjauan barometer korupsi global Transparency International-Malaysia (TI-M) menunjukkan pasukan polis masih lagi dilihat sebagai institusi paling korup di negara ini.

Kira-kira 57 peratus dari 1,009 peserta tinjauanberkenaan merasakan pasukan itu paling korup, kata Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar.

Tinjauan itu turut menunjukkan 13 peratus dari responden pernah merasuah kakitangan polis.

“Masalahnya sesetengah rakyat takut mengatakan mereka pernah merasuah atau cuba merasuah kakitangan kerajaan. Mereka mahu tunjukkan mereka ada integrity,” Akhbar berkata demikian pada penerbitan hasil tinjauan di sini.

Responden ditanya berapa ramai dalam orang/institusi berikut yang mereka fikir terlibat dalam korupsi.

Mereka juga diminta menyatakan pernahkah mereka merasuah, antara lain, kepada polis, kakitangan mahkamah dan institusi rawatan kesihatan awam.

Bagaimanapun, tinjauan tahun ini menunjukkan peratusan orang yang merasakan polis paling korup berkurangan berbanding tinjauan 2013.

Dalam tinjuan sebelum ini, 3/4 atau 76 peratus dari 1,000 responden melihat pasukan itu sebagai paling korup.

Institusi lain yang dilihat korup adalah “kakitangan percukaian” seperti Kementerian Kewangan dan pengutip cukai pihak berkuasa tempatan (48%), ahli majlis pihak berkuasa tempatan (48%), eksekutif perniagaan (46%) dan kakitangan kerajaan (45%).

The post Polis masih lagi dilihat institusi paling korup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lR7Fmy .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.