Shafei Mengidam Jadi Ketua Menteri Sabah?

Pada satu ketika dahulu, beliau pernah berkata, beliau adalah seorang anak jati Sabah yang mahu membela nasib setiap seorang rakyat Sabah menerusi UMNO. Beliau juga berkata, menerusi jawatannya dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, beliau akan membangunkan seluruh kawasan pendalaman Sabah supaya ianya tidak jauh ketinggalan berbanding kawasan bandar.

Inilah janji dan ikrar Datuk Seri Shafie Apdal sewaktu beliau masih bersama-sama UMNO satu ketika dahulu. Ini jugalah komitmen yang beliau zahirkan sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke 13 yang menyaksikan beliau akhirnya berjaya mengekalkan Parlimen Semporna. Pasti ramai yang akan terpesona dengan ikrar dan janji beliau pada waktu itu sehingga berjaya memperolehi lebih 19 ribu undi.

Namun, semuanya berubah sebaik sahaja beliau termakan dengan hasutan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak menyerang kerajaan Barisan Nasional yang pernah menjulang namanya selama 22 tahun. Pasti ramai warga Sabah dan seluruh rakyat Malaysia terkejut sebaik sahaja Shafie secara terang-terangan beralih sokongan kepada Mahathir dan memperjudikan jawatannya.

Kemuncaknya, Shafie mengumumkan beliau meninggalkan UMNO setelah beliau digantung keahliannya berikutan kecenderungannya menyokong Mahathir. Ketika mengumumkan tindakannya keluar dari UMNO, beliau dilihat seperti langsung tidak memperdulikan ikrar yang beliau lafaz pada April 2013 dan sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Luar Bandar dan Wilayah.

Baginya, beliau merasakan dirinya telah dikhianati parti berikutan cita-cita besarnya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah. Persoalannya, siapa yang mengkhianati siapa jika dilihat dari tindak tanduknya selama ini? Bukankah beliau sendiri yang telah memilih untuk mengikut perjuangan gila Mahathir sehingga menyaksikan beliau sanggup mengkhianati Datuk Seri Mohd Najib yang juga kawan baiknya sejak lebih 30 tahun yang lalu?

Bukan satu rahsia lagi buat warga Sabah jika memperkatakan cita-cita besar Shafie di Sabah. Beliau sememangnya bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Sabah walaupun pada ketika ini, Sabah telah mempunyai seorang Ketua Menteri yang menguruskan Sabah dengan baik iaitu, Datuk Seri Musa Aman.

Adakah hanya disebabkan cita-citanya terbantut beliau bertindak mengkhianati parti dan perjuangan UMNO Sabah? Susahkan buat Shafie untuk berketuakan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab dan tahu menguruskan negeri? Inilah yang menjadi persoalan kepada Shafie sehingga beliau sanggup memilih untuk meninggalkan parti yang beliau sertai dahulu.

Hari ini, mungkin ada sebilangan kecil rakyat Sabah yang menyokong perjuangan Shafie dan parti baru yang beliau tubuh iaitu Parti Warisan Sabah. Persoalannya, mahukah rakyat Sabah berketuakan seorang pengkhianat rakyat Sabah dan UMNO hanya disebabkan meletakkan impiannya jauh lebih tinggi daripada kehendak rakyat? -PRU 14

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m6iP7A .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.