Keajaiban Pitera™ Teruji Dalam Kembara Ekstrem Empat Selebriti Ternama

SK-II menjalin kerjasama dengan National Geographic dalam satu kembara ekstrem bersama empat wajah ternama dunia. Pengalaman kembara ini bukan sahaja membawa selebriti ini ke destinasi luar biasa pemandangannya malah menjadi salah satu ujian kulit mereka. #FaceTheWild #FaceTheCamera

 

 

SK-II mengumpulkan empat wajah popular, dari ikon fesyen, ahli sukan hinggalah pelakon dalam satu kempen yang dinamakan sebagai SK-II: Face The Wild | Face the Camera Extreme Expeditions, yang mana kempen ini turut mendapat kerjasama daripada National Geographic.

 

Kasumi Arimura, (pelakon dari Jepun yang sudah meraih pelbagai anugerah), Chiara Ferragni (ikon fesyen yang punya jutaan pengikut di media social), Nini (aktres ternama China) dan juga Lee Siyoung (aktres dari Korea Selatan yang juga merupakan ahli tinju) dibawa mengembara ke sudut dunia yang cukup mencabar akan persekitarannya, dari hutan Yanbaru di Oninawa, Jepun hinggalah gurun Anza Borrego di Amerika.

 

Tidak hanya mengembara ke sana untuk melihat keagungan alam, langkah mereka ke sana juga untuk menguji sejauh mana keberkesanan produk ikonik SK-II sendiri iaitu Facial Treatment Essence. Bolehkah kulit mereka bertahan dengan suasana perksekitaran yang mencabar, terlalu dingin juga terlalu panas?

 

 

SK-II Facial Treatment Essence dihasilkan menggunakan 90 peratus Pitera™, bahan semula jadi yang mewah dengan vitamin, asid amino serta mineral. Pitera™ bertindak membantu kulit untuk mengekalkan fungsi semula jadinya agar dapat mengekalkan keserian juga kejernihannya. Biar berseri sepanjang masa.

 

Pitera™ juga sarat dengan 50 manfaat mikro yang membantu kulit kekal lembut dan bertahan biar apa sahaja kondisi persekitaran, baik pancaran sinar UV mahupun pencemaran. Pitera™ juga memastikan lembapan kulit dikunci sempurna agar tidak kering.

 

Kata Sandeep Seth, Pengarah Pemasaran, SK-II Global, “Kami mahu terus menyingkap rahsia keajaiban Pitera™ khususnya kemampuannya mengekalkan kulit yang berseri dan bercahaya biar apa pun kondisi anda. Kami berkolaborasi bersama National Geographic untuk sama-sama membawa selebriti pilihan yang juga pengguna setia SK-II mengembara ke destinasi yang penuh mencabar, suasana yang cukup ekstrem. Kami berharap kempen ini mampu memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan dunia dan dalam masa yang sama merasai sendiri pengalaman perubahan kulit mereka.”

 

SK-II: Face the Wild | Face The Camera bersama Kasumi Arimura

 

 

Kasumi Arimura, pelakon ternama Jepun yang juga merangkap wajah rasmi SK-II ini bertarung melawan sinar UV, suhu yang sangat panas juga gigitan serangga sepanjang kembaranya ke hutan Yanbaru di Okinawa, Jepun.

 

SK-II: Face the Wild | Face The Camera bersama Chiara Ferragni

 

 

Chiara Ferragni, ikon fesyen seantero dunia ini dibawa mengembara ke gurun Anza Borrego di Amerika. Ekspedisi yang cukup mencabar ke gurun ini menghidangkan satu pengalaman kembara yang sangat panas, suasana yang sangat kering. Satu cabaran besar untuk kulit kekal lembap dalam suasana begini.

 

SK-II: Face the Wild | Face The Camera bersama Nini

 

 

Nini, wajah Sk-II yang juga pelakon ternama di China ini menyahut cabaran mengembara ke utara China yang mana suhunya dingin membeku. Sepanjang kembara di sana, kulit Nini dicabar untuk kekal sihat dan lembap biarpun suhu berada pada paras kosong darjah selsius.

 

SK-II: Face the Wild | Face The Camera bersama Lee Si Young

 

 

Lee Si Young, peninju yang juga pelakon terkenal di Korea Selatan ini berpeluang berkunjung ke kawasan gunung berapi Ijen yang terletak di Indonesia. Pemandangan persekitarannya sangat menakjubkan, tapi dalam masa yang sama Nini berhadapan dengan persekitaran berasap yang pastinya tidak baik untuk kulit.

 

 

Kempen Face The Wild disempurnakan oleh  Hannah Reyes, Pengembara National Geographic yang bertanggungjawab mendokumentasikan pengalaman kembara empat selebriti terpilih. Manakala Face The camera disempurnakan oleh jurugambar terkenal Jesper Mcilroy dan Kirk Cheung.

 

 

 

 

 

 

The post Keajaiban Pitera™ Teruji Dalam Kembara Ekstrem Empat Selebriti Ternama appeared first on EH!.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2l9zW9c .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.