Apple Dianugerahkan Paten Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Keseluruhan Skrin
Pengimbas cap jari adalah fungsi yang kini dianggap perlu pada kesemua peranti pintar di pasaran. Ia memastikan kandungan peranti tidak mudah dapat diakses oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ia turut digunakan untuk pengesahan biometri apabila menggunakan sistem pembayaran seperti Samsung Pay dan Apple Pay. Di pasaran terdapat beberapa konfigurasi pengimbas jari. Majoriti terletak pada bahagian dagu dan panel belakang.
Di Apple mereka mungkin mahu mengubah sistem pengimbas cap jari TouchID yang terbina pada butang home di dagu peranti. Mereka telah dianugerahkan paten sistem imbasan cap jari terbina terus pada permukaan skrin pada Jun tahun lalu. Dengan sistem baru ini imbasan jari boleh dilakukan pada kesemua permukaan skrin.
Secara teorinya di masa hadapan peranti Apple boleh dinyahkunci dengan pantas hanya dengan memegang skrin. Selain sistem imbasan cap jari, Apple turut dipercayai bakal menggunakan sistem imbasan wajah pada iPhone kelak. Mungkin di masa hadapan akan wujud pula pengimbas DNA seperti artikel TechTroll yang pernah kami tulis beberapa tahun yang lalau.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m6o7zB .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment